Unjuran Ortografik

Pengenalan
Unjuran Ortografik adalah cara melukis sesuatu objek yang berbentuk 3 dimensi (3D) dari arah pandangan yang berbeza. Biasanya, kita perlu melukis pandangan depan, sisi dan pelan agar orang lain dapat melihat setiap sisi penting lukisan objek yang hendak dilukis. Lukisan Ortografik sangat berguna terutama sekali semasa reka bentuk dibangunkan ke peringkat di mana ianya hampir bersedia untuk dikeluarkan atau dipasarkan.

Terdapat dua cara untuk melukis lukisan dalam ortografik
*       1. Unjuran sudut pertama.
*       2. Unjuran sudut ketiga.

Perbezaan diantara unjuran sudut pertama dengan unjuran sudut ketiga hanyalah pada kedudukan pandangan pelan, hadapan dan sisi sahaja.

  
 
UNJURAN SUDUT PERTAMA
Kaedah pandangan unjuran sudut pertama
  
 Pada rajah 1.2, kita akan mempertimbangkan pada sukuan pertama berbanding sukuan yang lain. Hasil lukisan kon dapat diperoleh dengan merobohkan dua unjuran serenjang seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.3. Berdasarkan contoh dalam rajah ini, dapat disimpulkan bahawa imej sebelah kanan adalah pelan atau atas. Manakala, imej di sebelah kiri adalah pandangan sisi. Lukisan pandangan ini disusun dengan meletakkan imej yang dilihat selepas objek, objek terlebih dahulu kemudian imej objek tersebut. Walaupun objek dilihat dari arah kiri atau arah kanan.

-->Melihat dari kiri – Imej yang dilukis di sebelah kanan adalah pandangan objek yang dilukis di sebelah kiri.     
 -->  Melihat dari kanan – Imej yang dilukis di sebelah kiri adalah pandangan objek yang dilukis di sebelah kanan.                                                                                                                
 --> Melihat objek dan meletakkan imej objek tersebut.
--> Mata > Objek > Imej


UNJURAN SUDUT KETIGA.
Kaedah pandangan unjuran sudut ketiga

Pada rajah 1.2, kita akan mempertimbangkan pada sukuan ketiga berbanding sukuan yang lain. Hasil lukisan kon dapat diperoleh dengan merobohkan dua unjuran serenjang seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.5. Berdasarkan contoh dalam rajah ini, dapat disimpulkan bahawa imej di sebelah kiri ialah pandangan pelan atau atas. Manakala, imej di sebelah kanan adalah pandangan sisi. Lukisan pandangan ini disusun dengan meletakkan imej yang dilihat sebelum objek, imej terlebih dahulu dan kemudian objek yang dilihat walaupun objek dilihat dari arah kiri atau arah kanan.

-->Melihat dari kiri – Imej yang dilukis di sebelah kiri adalah pandangan objek yang                                           dilukis di sebelah kanan.
-->Melihat dari kanan    – Imej yang dilukis di sebelah kanan adalah pandangan obejk yang dilukis di sebelah kiri.
-->Mata > Imej > Objek


PANDANGAN BENTUK OBJEK PADA SATAH KACA

 

Rajah 1.7 menunjukkan sebuah objek tiga deminsi diletakkan di dalam sebuah kotak kaca. Kita boleh melihat dengan jelas objek tersebut dari luar kotak kaca daripada mana-mana arah pandangan. Setiap pandangan diambil seolah-olah objek tersebut dilihat di atas permukaan kotak kaca tersebut. Untuk menghasilkan satu unjuran ortografik, pandnagan akan dibuat dari arah tepat ke permukaan kotak kaca tersebut. Kesemua bentuk objek yang dilihat dapat dilukiskan di atas keenam-enam satah kotak kaca.
 
Keenam-enam satah kaca ini kemudian dibuka ( Rajah 1.8) dan dibentangkan menurut susunan.Kedudukanpandangan yang dibentangkan ini adalah unjuran pandangan ortografik sudut ketiga.

Unjuran pandangan ortografik hanya memerlukan kombinasi tiga arah pandangan sahaja untuk melengkapkan bentuk objek tersebut. Arah pandangan yang lain boleh diabaikan. Kombinasi yang dipilih hendaklah dapat memaparkan bentuk objek secara jelas dengan jumlah garisan tersembunyi yang sedikit.

Daripada kombinasi kesemua unjuran pandangan sudut ketiga ini dapat diperhatikan bahawa terdapat satu arah pandangan yang sama untuk kesemua kombinasi tersebut. Arah pandang ini adalah arah pandangan hadapan objek tersebut. Oleh itu, satu arah pandangan mestilah ditetapkan terlebih dahulu sebelum arah unjuran pandangan yang lain dapat ditentukan kedudukannya. Arah pandangan ini adalah arah pandangan hadapan objek. Setelah ditentukan pandangan hadapan kemudian barulah ditentukan arah pandangan yang lain.
 

No comments:

Post a Comment